Rastigabelas merupakan intiatif yang terilham semasa pandemik Covid-19 & Selepas semua cabaran besar kejatuhan bolasepak Sarawak selepas 2022.
Basically, Rastigabelas pada asalnya sekadar projek peribadi dan hanya ingin bercerita dan berbangga tentang Sarawak di internet kerana yakin dengan apa yang ada pada anak Sarawak mempunyai nilai dan keunikan nya yang tersendiri.
Wujud di internet melalui website dan media sosial, Rastigabelas terus bergerak secara low profile. Ada website dan media sosial tp tidak mempunyai 'product' yang benar-benar solid.
Selepas internet, Rastigabelas cuba muncul dengan merchandise limited pertama, Topi Snapback Tigabelas. Dengan tanpa promosi, kesemua topi limited ya dihasilkan terjual.
Kerana kemunculan Rastigabelas ditengah-tengah pandemik Covid 19, memaksa banyak perkara terpaksa dipertimbangkan. Faktor kekangan banyak memain peranan dalam perjalanan produk Rastigabelas.
Pada satu tahap, dapat dirasakan untuk give up dan move on. Namun, atas dasar semangat dan tidak mahu gagal, langkah diteruskan walaupun dalam keadaan yang samar-samar.
Mengkagumi gerakan streetwear dan local brand, Rastigabelas terus bergerak sehingga ke hari ini dengan cubaan mempelbagaikan output, bukan sekadar merchandise bahkan dalam bentuk khidmat atau servis yang boleh memberi manfaat kepada semua pihak.
Pada permulaan, ideanya adalah untuk meletakkan slogan 'Revolusi Anak Sarawak'. Namun setelah beberapa ketika dan analisis terhadap feedback dari sekeliling; Ternyata, bukan revolusi yang sebenarnya menjadi intipati Rastigabelas.
Rastigabelas sebenarnya ingin menekankan istilah Asal Sarawak (maksudnya, Asalkan Sarawak) yang kuat. Apa yang kami pernah buat, lalui, korbankan kerana negeri Sarawak; sebenarnya ada membawa sedikit impact, bukan setakat untuk diri sendiri, bahkan kepada urang lain.
Loyalti kepada Sarawak, sanggup berjalan jauh, berhujan & berangin- rasanya ada kewajaran dikongsikan dan didedikasikan kembali kepada mereka2 yang sayang dan berminat dengan Sarawak.
Maaf, sekiranya ada tulisan ini seolah-olah 'mengangkat bakul sendiri'. Namun, itulah seadanya...
Seolah-olah mempunyai satu connection yang kuat dengan angka `13`, Rastigabelas mengkaitkan kod negeri 13 (secara umumnya sarawak) dalam kad pengenalan.
Energi dan Identiti ini (yang) setelah diamati dan difikir berkali-kali, ternyata direction 'Rastigabelas' yang kini perlu berubah kepada suatu yang lebih 'deep' dan beridentiti.
Dari sinilah tercetus ilham untuk mendedikasikan satu 'jenama' yang melambangkan Sarawak, Namun boleh dikongsi dengan orang yang berminat untuk bersama-sama atau mengenali Sarawak.
Nickname aku dalam stadium adalah 'Acai' mereka yg biasa ke Stadium. Berdiri depan sekali (kebiasaannya dipanggil 'Capo' kerana membawa penonton utk bersorak) dan berusaha men-translasi-kan suara padu penyokong kepada pembakar semangat kpd para pemain Sarawak di atas padang.