Skip to content
Menu
rastigabelas.com
  • HOME
  • DEF#
rastigabelas.com
nasib “Bandar Kuching”
April 26, 2023

nasib “Bandar Kuching”

suatu ketika dulu, jantung kuching adalah Padungan, Main Baazar dan kawasan sekitar ya.

Dengan pembangunan pesat beberapa lokasi lain sekitar Kuching, kwasan tok seolah² ‘hilang’ dari peradaban urang² kuching.

Satu persatu perusahaan besar seperti supermarket, gedung beli-belah menarik diri kerana faktor business x brp jalan, kos selenggaraan yg tinggi dan mungkin faktor sewa juak.

mungkin juak bukan faktor di atas. tapi nang nampak punca² tok boleh jadi kerana demand urg Kuching tok x berapa tinggi juak.

nasib “Bandar Kuching”
dari rami ke sunyek urang
tinggal kiosk kecik & bbrp shoplot di debah jk maseh berpenghuni
mun ndak, sitok la tempat cdak dudok layan pop. bau muntah, bau apek, bau apa gik.. ada sitok. dijamin…
sitok lok rami sidak parkson tukar shift

Cadangan aku lah, mun boleh wujudkan agensi yang berauthority utk menghidupkan semula tempat² tok.

Bukan apa, kwsn tok byk tarikan. ada hotel, ada waterfront, ada jambatan, boleh dikatakan banyak mercu tanda Kuching di kwsn tok.

sekurang2 nya dpt juak merik first impression bagus pakey Kuching sblm sidak bergerak ke destinasi lain di kwsn sekitar.

©2023 rastigabelas.com | Powered by WordPress and Superb Themes!